Restoran
Kopi O’ Corner
Assalamualaikum semuanya...
JoM jalan,KiTa Cari
Makan...Santai ! ! ! Apa yang best kat Restoran Kopi O’Corner ni??.. semestinya
anda ingin tahu kan?? Jom kita tengok apa yang ada dekat sini - - -- - > KOC
Ruang makan yang selesa
menepati citarasa pelanggan
Sebentar !!! kita imbau
kembali sejarah Restoran Kopi O’ Corner ni ...
Setelah sekian lama berdiri
teguh dari tahun 1992 sampailah sekarang, Restoran Kopi O’ Corner sudahpun beroperasi
lebih 20 tahun. Restoran Kopi O’ Corner terletak di Jalan Satok 93400 Kuching..
Kalau nak tahu lebih detail lagi ianya terletak di Jalan Satok, belakang
Barudin, berdekatan Raja Ayam Penyet, seberang Regal Court.. Kopi O’ Corner
yang dimiliki oleh Datin Norlia Fadil mempunyai pekerja sebanyak 40 orang yang
telah diberi uniform yang sama bagi menyenangkan tugasan mereka. Restoran ini
lebih banyak memaksimumkan kepuasan pelanggan dalam menikmati hidangan yang
disediakan. Justeru, menekankan aspek seperti kualiti makanan yang disediakan supaya setiap
perbelanjaan pelanggan berbaloi.
Restoran Kopi O’ Corner,
sudah menjadi tempat kebiasaan,tumpuan dan persinggahan pelanggan yang banyak
termasuk daripada pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjamu selera. Majoritinya
pelanggan akan mengunjungi restoran ini tidak kira masa iaitu daripada waktu pagi,
tengahari, petang, dan sampailah malam. Dari segi operasi restoran ini dibuka
setiap hari seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 12 malam. Malah, Restoran ini
juga ada keistimewaannya tersendiri apabila menjelang bulan Ramadhan dan
beroperasi daripada pukul 5 petang sampailah sahur. Best kan?? Dapat tapau
makanan untuk berbuka puasa,,rugi kalau tak pergi kat Restoran ni...hehe,,
Antara senarai menu yang special disediakan pada bulan
ramadhan
Susun atur yg menarik serta
hiasan batu-batu di tepi stall
sajian lauk-pauk
bersama nasi putih
Restoran
Kopi O’Corner berkonsepkan “berhati-hati
dan berjaga-jaga”.. kerana mementingkan kebersihan
premis. Di dalam restoran ini juga terdapat beberapa stall antaranya ialah
untuk stall Bakso, Stall Mee Jawa, Stall Mee Kolok, Stall Canai dan Stall
Laksa. Menu Bakso yang diperbuat daripada beras tempatan, santan, serta dibalut
dengan daun pisang. perrggghhh!!!!menyelerakan.. Ada pelbagai menu lagi
dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak,
Bubur Ayam, Mee Sapi, Mee Pok, , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Ini ialah
antara menu yang kerap dipesan oleh pelanggan yang mengunjungi Restoran Kopi
O’Corner. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi
setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang
boleh dimakan bersama nasi panas. Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi
Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada
disediakan. Macam-macam lagi!
Pekerja sedang menyiapkan roti
canai serta roti prata roll (roti mayo)
Makanan yang paling kerap dipesan
oleh pelanggan ialah seperti menu untuk bersarapan pagi ialah seperti roti mayo
dan mempunyai kategori seperti berintikan daging, telur, cheese dan
sardin. Contohnya seperti di bawah ni..
huhuhu,,sedapnyerrr......!!!!!!!!!!!!!
Contoh roti
prata roll daging
Selain itu,
menu makan tengahari pula seperti Nasi Ayam Penyet Bakar, Nasi Goreng Terubok
Masin, Nasi Lalapan bersama Ikan Talapia ataupun bawal “terbang”.
Nasi Ikan
Talapia,,,
Nasi Ayam
Penyet versi Kopi o’Corner Semestinya kelazatan serta 'Power' sambal penyet
menjanjikan kepuasan dihati penggemar makanan pedas.
Dalam
Restoran Kopi O’Corner ini menyediakan minuman yang biasa serta mudah dipesan
oleh pelanggan seperti Teh C Special, Teh Tarik, Milo tabur dan macam-macam
lagi.. Di samping itu, bagi pelanggan yang gemar akan minuman horlick, restoran
ini tidak menyediakan minuman tersebut kerana ada sebab-sebab tertentu.
Contoh menu
yang terdapat di dalam buku menu.
Pembahagian stall di dalam premis untuk menu seperti di
jelaskan di atas tadi..
Premis ini juga menyediakan tempat makan di bahagian
luar
Contoh-contoh makanan yang disediakan semasa bulan
ramadhan
(di sediakan dengan cara buffet)
Selain mementingkan kebersihan premis juga, Pihak
pengurusan Restoran Kopi O’Corner menyediakan notis setiap sudut seperti notis
makanan luar tidak dapat dibawa masuk ke dalam premis serta notis untuk
kebenaran mengalihkan susun atur
rekabentuk premis agar pelanggan meminta izin dengan pihak restoran tersebut
terlebih dahulu.
Selain itu, orang ramai juga boleh
membuat tempahan katering untuk majlis keraian di Restoran Kopi O’Corner. Untuk
maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi KOC di talian 082-244432.
Untuk makluman semua pelanggan, Restoran Kopi O’Corner telah diberikan
gred A untuk premis mereka. Malah, Restoran ini juga pernah muncul di dalam
rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2. Seperti
yang di kata oleh penyelia Restoran Kopi O’Corner, Mohd Arshad Bin Md Talip
perkara paling terbaik setakat ini Kopi O’Corner adalah “Kedai Makan In The
Town”. Ini kerana, dari segi persekitaran, Kopi O’Corner menyediakan suasana
santai kepada pengunjung ketika
menikmati hidangan di restoran mereka selain menyediakan harga makanan yang berpatutan.
“Bukan kualiti dan kepuasan pelanggan sahaja, Kopi o’ Corner turut menekankan
aspek persekitaran yang santai untuk pelanggan “Persekitaran santai di Kopi
O’Corner juga mampu menjadi tarikan kepada pengunjung daripada pelbagai
peringkat umur,”
MACAM-MACAM
ADA!
SELAMAT
MEMBACA ;-)
By : Nur Fadzariah Saqinah Binti Median
No comments:
Post a Comment