Monday, 17 March 2014

RUMAH HIJAU CAFE, SATOK

SABTU : 8 MAC 2014


RUMAH HIJAU CAFE


Rumah Hijau Cafe yang beralamat di 24A, 24B, 24C, 25D Rubber Road, 93400, Kuching, Malaysia merupakan sebuah restoran yang popular di bandaraya Kuching. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar iaitu di kawasan Satok menjadikannya tempat menjamu selera yang sering menjadi pilihan pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Restoran ini beroperasi pada setiap hari bermula pada pukul 8.00 hingga 5.00 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat.


Suasana nyaman kehijauan pokok-pokok di sekeliling restoran membuatkan anda berasa selesa ditengah kesibukan kota. Menariknya, restoran ini dimiliki oleh Salina Mohd Salleh yang merupakan seorang lulusan dalam bidang kejuruteraan tetapi beliau memilih untuk mengusahakan restoran berkenaan yang kini sudah boleh dibanggakan. Malah pengunjung yang datang terdiri dari pelbagai kaum, tidak kira yang muda dan tua. Restoran ini telah beroperasi selama 5 tahun.


Rumah Hijau Cafe lain daripada yang lain kerana restoran ini menggunakan rumah sederet dan mereka mempunyai 4 buah rumah berkenaan. Dengan berkunjung ke restoran ini pengunjung akan merasai suasana seperti berada di rumah sendiri, itulah yang uniknya tentang restoran ini.



Tempat menjamu selera terbahagi kepada 2 iaitu persekitaran berhawa dingin dan juga taman mini. Jika pengunjung yang inginkan privacy bolehlah memilih untuk menjamu selera di dalam restoran, manakala bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana hijau bolehlah memilih untuk menjamu selera di persekitaran taman mini.


Dekorasi dalaman yang santai seolah-olah berada di kediaman sendiri dengan susun atur tempat duduk yang jauh menjanjikan privacy kepada pengunjung. Selain itu, sistem pencahayaan yang kreatif dan hiasan dalaman yang menarik menyerlahkan suasana segar semasa menjamu selera.


Dari segi menu pula, terdapat pelbagai sajian yang enak yang merupakan hasil kepakaran pemilik restoran yang diwarisi sejak turun-temurun. Antara sajian yang dihidangkan di Rumah Hijau Cafe ialah Nasi Beriani Ayam Penyet, Roti Pisang Cheese Coklat, Laksa Sarawak, Nasi Ulam Ayam Percik, Roti Boom Ayam, pelbagai jenis kek Cheese dan sebagainya. Jika anda nak merasai hidangan di restoran ini anda dipersilakan datang berkunjung. Saya dah datang, anda bila lagi????memang best suasana di restoran ini...memang santai!!!!!...


Menu special yang disediakan pada hari tersebut


Nasi ayam penyet yang menjadi pilihan pengunjung yang datang


Roti Boom Ayam


Pelbagai jenis Kek Cheese yang disediakan

Restoran ini memang menarik untuk dikunjungi. Jika anda inginkan kelainan datanglah berkunjung ke RUMAH HIJAU CAFE, saya pasti anda akan rasa selesa dengan suasana yang mendamaikan dan berbaloi makan disini...

JOM!!!!DATANG KE RUMAH HIJAU CAFE!!!!MEMANG BERBALOI!!!!....JJJJJ

Disediakan oleh : Salasiah Binti Pauzi













No comments:

Post a Comment