Mom’s
Laksa Cafe
Disediakan oleh: Farheen
Tarikh : 22. 03. 2014.
“Sebagai
satu ‘Signature Dish’ dibumi Kenyalang, laksa Sarawak boleh ditemui didalam
buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak.
Namun apabila memperkatakan mengenai laksa Sarawak yang terbaik nama Mom’s
Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di bandar raya
Kuching.
Ya,
memang benar masih terdapat laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya
tetapi Mom’s Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri
apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah ‘Fabulous Food’ 1 Malaysia
anjuran Kementerian Perlancongan dalam kategori laksa pada tahun 2009.”
Antara artikel yang berkaitan dengan
Mom’s Laksa Cafe.
Pada
kali ini, saya berkesempatan menemui pemilik bagi Mom’ s Laksa Cafe yang
bertempat di Taman Lee Ling, Matang, iaitu Suzanna Jamali. Beliau sebenarnya
merupakan anak kepada individu disebalik kejayaan Mom’s Laksa iaitu Hadiah Yak,
yang merupakan pencipta resepi bagi Mom’s Laksa
Pada
masa yang sama saya turut bertuah kerana dapat mengetahui sedikit sebanyak
tentang latar belakang Mom’s Laksa Cafe
melalui pekerja mereka. Mereka sememangnya agak ramah dengan pelanggan. Mungkin
itu yang menyebabkan cafe tersebut acap kali menjadi buah mulut orang ramai.
Mom’s Laksa Cafe di Matang mula beroperasi pada
tahun 2011. Ianya di usahakan oleh pemilik nya sendiri iaitu Suzanna Jamali
dengan pekerja-pekerjanya sendiri. Bagi operasi hariannya pula, Mom’s Laksa
Cafe akan mula beroperasi pada pukul 06.50 a.m dan akan tamat operasinya pada
pukul 05.00 p.m.
Menu istimewa yang terdapat di Mom’s Laksa Cafe
mestilah laksanya yang agak enak. Terdapat 2 jenis menu laksa iaitu, laksa
istimewa dengan harga RM 7.00 dan laksa biasa dengan harga RM 5.00. Walaupun
terdapat menu yang lain, laksa merupakan menu yang sangat istimewa di Mom’s
Laksa. Ianya sangat sinonim dengan nama kedai itu sendiri.
Kejayaan
Mom’s Laksa Cafe sangat bergantung kepada usaha pemiliknya sendiri bagi
mengetengahkan hasil menu mereka kepada khalayak umum. Justeru itu, Mom’ s
Laksa tidak hanya tertumpu pada masyarakat Melayu sahaja, sebaliknya, ianya
mampu menjadi tumpuan dari semua masyarakat di Sarawak dan juga di Semenanjung
Malaysia.
Mom’s
Laksa juga mempunyai cawangan di tempat lain, antaranya di Jalan Istana dimana
ianya merupakan cawangan yang pertama sekali ditubuhkan, di Tupong, dan di Gita
iaitu yang terbaharu. Justeru itu, tidak mustahil bagi Mom’s Laksa untuk
berdiri sama tinggi dengan Restoran-restoran yang terkemuka di Malaysia pada
masa akan datang.
Akhir
kata dari saya, saya sangat berterima kasih dengan layanan yang telah diberikan
oleh pekerja-pekerja dan juga pemilik Mom’s Laksa Cafe kepada saya. Dengan
bantuan dan juga Menu yang telah disediakan, saya telah berpuas hati terhadap
layanan di Mom’s Laksa Cafe. Pada masa yang sama, saya berharap anda juga
berpeluang untuk merasa sendiri keenakan Laksa dan layanan baik yang terdapat
di Mom’s Laksa Cafe.
No comments:
Post a Comment