Thursday, 27 March 2014


Swee Kang Ais Kacang 
Ground Floor, Lot 176 Jalan Haji Taha

93400 Kuching, Malaysia
Masa beroperasi:
Isnin hingga Rabu 11am hingga 8pm
Jumaat Hingga Ahad 11am hingga 8pm
ditutup pada hari Khamis

Swee Kang Ais Kacang mula beroperasi pada tahun 1953 dan pada mulanya ia dibuka bersebelahan dengan balai bomba pertama Kuching sebelum berpindah ke bangunan nya yang sekarang. Restoran ini menjual pelbagai jenis minuman sejuk namun apa yang paling istimewa disini ialah ABC, White Lady dan jagung susu.



ini merupakan menu di tempat ini. selain itu, terdapat pelbagai stall-stall yang menjual makanan lain seperti rojak buah, rojak sotong, char kuey tiaw dan pelbagai lagi.


ini adalah bahagian untuk menyediakan minuman yang dipesan pelanggan. Pak cik ini merupakan pemilik kepada Swee Kang ini. kedainya juga dikenali sebagai Chang Swee Kang Ais Kacang.


rojak buah, White Lady, laici dan ABC




tempat ini juga pernah disiarkan di sebuah rancangan yang melibatkan makanan di tv9 saluran 708 astro dan mendapat sijil BEST IN THE WORLD.

by; Nurfazlin Muhd Azim
QPH 6120015
Diploma Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan Halal
Ambilan Jun 2012




Assalamualaikum w.b.t dansalamsejahtera


Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai sebuah restoran yang mempunyai menu yang menarik dan menyediakan layanan yang baik terhadap pelanggan. Restoran yang sedang saya bincangkan dan ingin kongsikan bersama-sama anda ialah MAISARA CAFE. Dimana restoran ini merupakan satu projek latihan yang telah dianjurkan oleh MARA dan ia juga tela hmenyediakan banggunan untuk menjalankan proses jual-beli.
Restoran ini menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan kerana mereka menggunakan perkhidmatan self-servis dan membuat pesanan terus kepada peniaga, yang memudahkan lagi penyelenggaraan restoran dilakukan dan dapat mengelakkan berlakunya pelanggan mereka lari dan perlu menunggu lama. Yang lebih menarik, restoran ini menggunakan tenaga kerja dari ahli keluarga perniaga sendiri yang memudahkan interaksi antara mereka lebih baik dan tidak mengalami sebarang kesalahan ketika penyediaan dan penghantaran makanan kepada pelanggan.
                Antara menu yang disediakan oleh MAISARA CAFÉ ialah bakso special, kolok special, laksa Sarawak, sup tulang, sup tendon (urat) danbanyaklagi. Restoran ini akan beroperasi pada setiap hari bermula pada 6 pagi -5 malam yang terletak di Nombor322, lot 709, Kota SentosaBatu 7, JalanPenrissen, 93250 Kuching, Sarawak.


 Stall penyediaan roti canai


Pemilik restoran serta sijil halal.


Fast-food


.
 Self-servis



 Menu yang disediakan/ditawarkan


DisediakanOleh: Nor FazilaBintiJuni
No. Matrik: QPH612009

Dari Jabatan: Pengurusan&PerkhidmatanMakanan Halal (PPMH).

Wednesday, 26 March 2014

Mom's Laksa Cafe Matang

Mom’s Laksa Cafe

Disediakan oleh: Farheen
Tarikh : 22. 03. 2014. 

“Sebagai satu ‘Signature Dish’ dibumi Kenyalang, laksa Sarawak boleh ditemui didalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak. Namun apabila memperkatakan mengenai laksa Sarawak yang terbaik nama Mom’s Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di bandar raya Kuching.
Ya, memang benar masih terdapat laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom’s Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah ‘Fabulous Food’ 1 Malaysia anjuran Kementerian Perlancongan dalam kategori laksa pada tahun 2009.”


Antara artikel yang berkaitan dengan Mom’s Laksa Cafe.

    Pada kali ini, saya berkesempatan menemui pemilik bagi Mom’ s Laksa Cafe yang bertempat di Taman Lee Ling, Matang, iaitu Suzanna Jamali. Beliau sebenarnya merupakan anak kepada individu disebalik kejayaan Mom’s Laksa iaitu Hadiah Yak, yang merupakan pencipta resepi bagi Mom’s Laksa 
    Pada masa yang sama saya turut bertuah kerana dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang  Mom’s Laksa Cafe melalui pekerja mereka. Mereka sememangnya agak ramah dengan pelanggan. Mungkin itu yang menyebabkan cafe tersebut acap kali menjadi buah mulut orang ramai. 




      Mom’s Laksa Cafe di Matang mula beroperasi pada tahun 2011. Ianya di usahakan oleh pemilik nya sendiri iaitu Suzanna Jamali dengan pekerja-pekerjanya sendiri. Bagi operasi hariannya pula, Mom’s Laksa Cafe akan mula beroperasi pada pukul 06.50 a.m dan akan tamat operasinya pada pukul 05.00 p.m. 


Menu  istimewa yang terdapat di Mom’s Laksa Cafe mestilah laksanya yang agak enak. Terdapat 2 jenis menu laksa iaitu, laksa istimewa dengan harga RM 7.00 dan laksa biasa dengan harga RM 5.00. Walaupun terdapat menu yang lain, laksa merupakan menu yang sangat istimewa di Mom’s Laksa. Ianya sangat sinonim dengan nama kedai itu sendiri.

Kejayaan Mom’s Laksa Cafe sangat bergantung kepada usaha pemiliknya sendiri bagi mengetengahkan hasil menu mereka kepada khalayak umum. Justeru itu, Mom’ s Laksa tidak hanya tertumpu pada masyarakat Melayu sahaja, sebaliknya, ianya mampu menjadi tumpuan dari semua masyarakat di Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia.

     Mom’s Laksa juga mempunyai cawangan di tempat lain, antaranya di Jalan Istana dimana ianya merupakan cawangan yang pertama sekali ditubuhkan,  di Tupong, dan di Gita iaitu yang terbaharu. Justeru itu, tidak mustahil bagi Mom’s Laksa untuk berdiri sama tinggi dengan Restoran-restoran yang terkemuka di Malaysia pada masa akan datang.

     Akhir kata dari saya, saya sangat berterima kasih dengan layanan yang telah diberikan oleh pekerja-pekerja dan juga pemilik Mom’s Laksa Cafe kepada saya. Dengan bantuan dan juga Menu yang telah disediakan, saya telah berpuas hati terhadap layanan di Mom’s Laksa Cafe. Pada masa yang sama, saya berharap anda juga berpeluang untuk merasa sendiri keenakan Laksa dan layanan baik yang terdapat di Mom’s Laksa Cafe. 



Monday, 17 March 2014

=p



RESTORAN S.B

 Restoran Santan Berlada(S.B) di BINTULU. Lokasi tempat restoran ini terletak di No. 314 Lot 1726 Jalan Abang Galau 97000 Bintulu Sarawak.  Restoran ini beroperasi pada pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam. 
Di samping itu, restoran ini mempunyai kemudahan yang sangat baik dan memuaskan. Dari segi layanan pula, mereka memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Oleh itu, kita juga boleh membuat tempahan, seperti katering. Ianya untuk orang yang mengadakan majlis perkhawinan.


MENU
  

Menu di restoran mempunyai makanan yang special, contohnya tomyam, ikan siakap 3 rasa, sup tulang/ ekor, umai dan minumannya teh ‘c’ special.

 
 Bahkan, restoran ini juga menyediakan tempat penghibur untuk pelanggan, contohnya tempat karaoke.
datang aowk ...hehehe 
                           

by : alalaa hehe =p
pewittt ( aceyhhh2 )


                       







RUMAH HIJAU CAFE, SATOK

SABTU : 8 MAC 2014


RUMAH HIJAU CAFE


Rumah Hijau Cafe yang beralamat di 24A, 24B, 24C, 25D Rubber Road, 93400, Kuching, Malaysia merupakan sebuah restoran yang popular di bandaraya Kuching. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar iaitu di kawasan Satok menjadikannya tempat menjamu selera yang sering menjadi pilihan pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara. Restoran ini beroperasi pada setiap hari bermula pada pukul 8.00 hingga 5.00 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat.


Suasana nyaman kehijauan pokok-pokok di sekeliling restoran membuatkan anda berasa selesa ditengah kesibukan kota. Menariknya, restoran ini dimiliki oleh Salina Mohd Salleh yang merupakan seorang lulusan dalam bidang kejuruteraan tetapi beliau memilih untuk mengusahakan restoran berkenaan yang kini sudah boleh dibanggakan. Malah pengunjung yang datang terdiri dari pelbagai kaum, tidak kira yang muda dan tua. Restoran ini telah beroperasi selama 5 tahun.


Rumah Hijau Cafe lain daripada yang lain kerana restoran ini menggunakan rumah sederet dan mereka mempunyai 4 buah rumah berkenaan. Dengan berkunjung ke restoran ini pengunjung akan merasai suasana seperti berada di rumah sendiri, itulah yang uniknya tentang restoran ini.



Tempat menjamu selera terbahagi kepada 2 iaitu persekitaran berhawa dingin dan juga taman mini. Jika pengunjung yang inginkan privacy bolehlah memilih untuk menjamu selera di dalam restoran, manakala bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana hijau bolehlah memilih untuk menjamu selera di persekitaran taman mini.


Dekorasi dalaman yang santai seolah-olah berada di kediaman sendiri dengan susun atur tempat duduk yang jauh menjanjikan privacy kepada pengunjung. Selain itu, sistem pencahayaan yang kreatif dan hiasan dalaman yang menarik menyerlahkan suasana segar semasa menjamu selera.


Dari segi menu pula, terdapat pelbagai sajian yang enak yang merupakan hasil kepakaran pemilik restoran yang diwarisi sejak turun-temurun. Antara sajian yang dihidangkan di Rumah Hijau Cafe ialah Nasi Beriani Ayam Penyet, Roti Pisang Cheese Coklat, Laksa Sarawak, Nasi Ulam Ayam Percik, Roti Boom Ayam, pelbagai jenis kek Cheese dan sebagainya. Jika anda nak merasai hidangan di restoran ini anda dipersilakan datang berkunjung. Saya dah datang, anda bila lagi????memang best suasana di restoran ini...memang santai!!!!!...


Menu special yang disediakan pada hari tersebut


Nasi ayam penyet yang menjadi pilihan pengunjung yang datang


Roti Boom Ayam


Pelbagai jenis Kek Cheese yang disediakan

Restoran ini memang menarik untuk dikunjungi. Jika anda inginkan kelainan datanglah berkunjung ke RUMAH HIJAU CAFE, saya pasti anda akan rasa selesa dengan suasana yang mendamaikan dan berbaloi makan disini...

JOM!!!!DATANG KE RUMAH HIJAU CAFE!!!!MEMANG BERBALOI!!!!....JJJJJ

Disediakan oleh : Salasiah Binti Pauzi













Sunday, 16 March 2014


DILI RESTORAN
          




ada empat stall yang menjual makanan halal








Dili Restoran mula dibuka pada 2 Jun 2011. Restoran ini dimiliki oleh Chen Ted Nyien. Walaupun restoran ini di miliki oleh orang cina tetapi pengurusannya semua orang Islam. Menurut pengurus restoran tersebut. Restoran ini mempunyai empat buah stall makanan Islam yang menjual berbagai jenis makanan halal yang berbeza-beza. Antaranya ialah, menu pertama Roti Canai, menu yang kedua ialah Mee Jawa dan Mee Laksa Sarawak, menu yang ketiga ialah Mee Kolok dan menu yang terakhir ialah Nasi Ayam. Menu yang paling istimewa dan paling laris di restoran ini ialah Mee Jawa dan Mee Laksa Sarawak. Restoran ini juga mempunyai lima orang pekerja termasuk pengurusnya. Restoran ini beroperasi pada pukul 7 pagi sehinggna pukul 6 petang. Restoran ini akan di buka setiap hari kecuali ada perayaan Islam. Selain itu, restoran ini juga banyak mendapat tempahan contohnya pada setiap musim perayaan dan majlis perkahwinan (KATERING). Restoran ini mempunyai kebersihan yang memuaskan kerana restoran ini mempunyai Gred A iaitu gred yang terbaik dalam setiap premis makanan. Akhir kata dari saya  rakan-rakan yang diluar sana marilah kita ramai-ramai ke Dili Restoran untuk merasakan keenakan Mee Jawa daan Mee Laksa Sarawak di sana. “ saya sudah ke Dili Restoran…..” anda bila lagi????






menu istimewa di Dili Restoran



menu air yang di jual di Dili Restoran

creat by : Rohani bt Razali
no. matrik : QPH6120006




Sunday, 2 March 2014

Restoran Kopi O' Corner, Satok



Restoran Kopi O’ Corner

Assalamualaikum semuanya...
JoM jalan,KiTa Cari Makan...Santai ! ! ! Apa yang best kat Restoran Kopi O’Corner ni??.. semestinya anda ingin tahu kan?? Jom kita tengok apa yang ada dekat sini - - -- - > KOC


Ruang makan yang selesa menepati citarasa pelanggan

Sebentar !!! kita imbau kembali sejarah Restoran Kopi O’ Corner ni ...
Setelah sekian lama berdiri teguh dari tahun 1992 sampailah sekarang, Restoran Kopi O’ Corner sudahpun beroperasi lebih 20 tahun. Restoran Kopi O’ Corner terletak di Jalan Satok 93400 Kuching.. Kalau nak tahu lebih detail lagi ianya terletak di Jalan Satok, belakang Barudin, berdekatan Raja Ayam Penyet, seberang Regal Court.. Kopi O’ Corner yang dimiliki oleh Datin Norlia Fadil mempunyai pekerja sebanyak 40 orang yang telah diberi uniform yang sama bagi menyenangkan tugasan mereka. Restoran ini lebih banyak memaksimumkan kepuasan pelanggan dalam menikmati hidangan yang disediakan. Justeru, menekankan aspek seperti kualiti makanan yang disediakan supaya setiap perbelanjaan pelanggan berbaloi.


Restoran Kopi O’ Corner, sudah menjadi tempat kebiasaan,tumpuan dan persinggahan pelanggan yang banyak termasuk daripada pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjamu selera. Majoritinya pelanggan akan mengunjungi restoran ini tidak kira masa iaitu daripada waktu pagi, tengahari, petang, dan sampailah malam. Dari segi operasi restoran ini dibuka setiap hari seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 12 malam. Malah, Restoran ini juga ada keistimewaannya tersendiri apabila menjelang bulan Ramadhan dan beroperasi daripada pukul 5 petang sampailah sahur. Best kan?? Dapat tapau makanan untuk berbuka puasa,,rugi kalau tak pergi kat Restoran ni...hehe,,

Antara senarai menu yang special disediakan pada bulan ramadhan


Susun atur yg menarik serta hiasan batu-batu di tepi stall


sajian lauk-pauk bersama nasi putih


Restoran Kopi O’Corner berkonsepkan  “berhati-hati dan berjaga-jaga”..  kerana mementingkan kebersihan premis. Di dalam restoran ini juga terdapat beberapa stall antaranya ialah untuk stall Bakso, Stall Mee Jawa, Stall Mee Kolok, Stall Canai dan Stall Laksa. Menu Bakso yang diperbuat daripada beras tempatan, santan, serta dibalut dengan daun pisang. perrggghhh!!!!menyelerakan.. Ada pelbagai menu lagi dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Sapi, Mee Pok, , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Ini ialah antara menu yang kerap dipesan oleh pelanggan yang mengunjungi Restoran Kopi O’Corner. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas. Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada disediakan. Macam-macam lagi!



Pekerja sedang menyiapkan roti canai serta roti prata roll (roti mayo)

Makanan yang paling kerap dipesan oleh pelanggan ialah seperti menu untuk bersarapan pagi ialah seperti roti mayo dan mempunyai kategori seperti berintikan daging, telur, cheese dan sardin.  Contohnya seperti di bawah ni.. huhuhu,,sedapnyerrr......!!!!!!!!!!!!!


Contoh roti prata roll daging
Selain itu, menu makan tengahari pula seperti Nasi Ayam Penyet Bakar, Nasi Goreng Terubok Masin, Nasi Lalapan bersama Ikan Talapia ataupun bawal “terbang”.

Nasi Ikan Talapia,,,


Nasi Ayam Penyet versi Kopi o’Corner Semestinya kelazatan serta 'Power' sambal penyet menjanjikan kepuasan dihati penggemar makanan pedas.
Dalam Restoran Kopi O’Corner ini menyediakan minuman yang biasa serta mudah dipesan oleh pelanggan seperti Teh C Special, Teh Tarik, Milo tabur dan macam-macam lagi.. Di samping itu, bagi pelanggan yang gemar akan minuman horlick, restoran ini tidak menyediakan minuman tersebut kerana ada sebab-sebab tertentu.


Contoh menu yang terdapat di dalam buku menu.


Pembahagian stall di dalam premis untuk menu seperti di jelaskan di atas tadi..


Premis ini juga menyediakan tempat makan di bahagian luar




Contoh-contoh makanan yang disediakan semasa bulan ramadhan
(di sediakan dengan cara buffet)


Selain mementingkan kebersihan premis juga, Pihak pengurusan Restoran Kopi O’Corner menyediakan notis setiap sudut seperti notis makanan luar tidak dapat dibawa masuk ke dalam premis serta notis untuk kebenaran mengalihkan susun atur rekabentuk premis agar pelanggan meminta izin dengan pihak restoran tersebut terlebih dahulu.
Selain itu, orang ramai juga boleh membuat tempahan katering untuk majlis keraian di Restoran Kopi O’Corner. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi KOC di talian 082-244432.
Untuk makluman semua pelanggan, Restoran Kopi O’Corner telah diberikan gred A untuk premis mereka. Malah, Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2. Seperti yang di kata oleh penyelia Restoran Kopi O’Corner, Mohd Arshad Bin Md Talip perkara paling terbaik setakat ini Kopi O’Corner adalah “Kedai Makan In The Town”. Ini kerana, dari segi persekitaran, Kopi O’Corner menyediakan suasana santai kepada  pengunjung ketika menikmati hidangan di restoran mereka selain menyediakan harga makanan yang berpatutan. “Bukan kualiti dan kepuasan pelanggan sahaja, Kopi o’ Corner turut menekankan aspek persekitaran yang santai untuk pelanggan “Persekitaran santai di Kopi O’Corner juga mampu menjadi tarikan kepada pengunjung daripada pelbagai peringkat umur,”

MACAM-MACAM ADA!

SELAMAT MEMBACA ;-)

By : Nur Fadzariah Saqinah Binti Median