Teh
Tarik Kafeteria
Teh Tarik Kafeteria terletak di no 27, Jalan Laruh (kawasan Petra Jaya).. Kalau tak tahu, ianya berseberang dengan kubah ria atau Medan Niaga Satok dan terletak di belakang kedai Wanda. Restoran ini menyediakan banyak stall dan menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berbeza. Stall disini bukan sahaja disediakan di dalam restoran malah disediakan diluar kawasan restoran juga iaitu khas untuk stall yang menjalankan aktiviti memanggang.
Sebelum bercerita tentang hidangan di restoran ini,
disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang asal usul restoran ini. Teh
tarik Kafeteria ini dimiliki oleh Steven yang berbangsa cina dimana beliau
dahulunya pernah berkongsi dengan sahabat yang lain dalam memajukan restoran The
Bemmer’s, namun setelah sekian lama berniaga dengan hasil perkongsian,
beliau telah membuka restoran yang dimiliki olehnya sendiri tanpa melibatkan
perkongsian iaitu Teh tarik kafeteria dimana restoran ini telah dibuka pada 9
Mac 2013.
Restoran
ini dibuka setiap hari bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan
sebanyak 32 orang pekerja yang bekerja mengikut shif. Setiap pekerja disini
diberikan uniform (tetapi ada sesetengah pekerja yang menggunakan baju biasa).
Restoran
ini menyediakan lebih kurang 20 stall makanan dan 1 tempat khas untuk minuman
sahaja. Sebenarnya Teh tarik kafeteria
ini hanya memiliki jualan air, stall nasi ayam dan stall ayam penyet sahaja.
Selebihnya, restoran ini mengambil peniaga dari luar untuk menyewa di kawasan
restoran ini untuk berniaga.
Menu
special disini semestinya teh
tarik. Bagi makanan pula, ramai yang repeat ordered untuk Mi Jawa dan Mi Kolok. Mi jawa disini
terdapat banyak pilihan iaitu Mi jawa Biasa, Mi Jawa special dan Mi Jawa Satey.
Walaupun ruang untuk duduk agak sempit, namun kawasan restoran ini sangat
selesa.
Kita
boleh memilih pelbagai masakan dari hujung restoran ke hujung restoran. Antara
pilihan disini adalah roti canai (roti kosong, roti telur, murtabak dan
roti-roti yang sewaktu dengannya), nasi beryani, mi tampua, rojak, nasi ayam
penyet, mi laksa Sarawak, Mi laksa Pineng, Bakso, Char kue tiaw, ayam panggang,
satey, dan banyak lagi. Dan satu lagi yang tengah hot sekarang iaitu banana
cheese.
Bagi
yang tengah duduk santai-santai lepas kerja or lepak dengan kawan bolehlah oder
banana cheese sambil minum teh tarik. Bagi yang mengidam nak makan makanan luar
dari Sarawak bolehlah oder mi laksa penang, bakso atau nasi kerabu.
Tetapi, ada juga kekurangan restoran ini, menu tidak diletakkan seperti
menu minuman. Harga juga tidak dinyatakan. Agak sukar untuk pelanggan membuat
perancangan bajet untuk makan disini. Untuk memesan makanan disini juga, kami
perlu pergi dari satu tempat ke satu
tempat dengan keadaan tempat duduk yang agak sempit. Oppps.. tetapi selesa ok. Para
pekerja juga susah untuk mencari tempat duduk pelanggan yang oder makanan.
Kesian…
Tetapi
hal ini tidak menggugat hati pelanggan untuk berkunjung lagi malah ada yang
hari-hari makan di restoran ini. Waktu yang sangat ramai dan sesak di restoran
ini adalah sekitar waktu makan tengahari, waktu pulang kerja dan malam sekitar
jam 8 malam hingga 10 malam. Hari jumaat, sabtu dan ahad adalah hari yang
memerlukan banyak pekerja part-time di restoran ini.
Baiklah,
sampai disini sahaja details tentang Teh Tarik Kafeteria yang saya dapat
kongsikan..
Dibawah
ini terdapat beberapa gambar yang sempat di snap sepanjang hari-hari
penyelidikan saya di Teh Tarik Kafeteria.
snapppp... |
bubur telur padi.. |
mi jawa special.. |
bakso |
mi kolok |
char kue tiaw |
ayam penyet
|
-NUR ATIQAH BT ABUSPIA-